Ada persoalan agama? Anda tanya, kami jawab.

Setiap jawapan disemak Ustaz Mahadi Mohammad sebelum diterbitkan.

Paling bermanfaat

Umum

Apakah hukum minum kopi luwak?

Harus, kopi itu dah difatwakan halal oleh badan fatwa yang berautoriti kerana biji kopi kekal masih dianggap kopi setelah dimakan haiwan seperti…

3 bermanfaat Baca
Fiqh

Saya nak tanya ustaz, berapa umur makmum minimum yang boleh dikirakan sebagai solat itu ialah solat berjemaah? Contohnya ada anak saya umur 7 tahun jadi makmum, adakah boleh saya jadi imam dan niat jadi imam solat tersebut? boleh ust jelaskan. kalau saya jadi imam, emak saya yang dementia jadi makmum, adakah boleh saya niat jadi imam sedangkan makmum tersebut bertaraf dementia/atau bukan mukallaf?

1. Jika yang menjadi makmum seorang yang sah solatnya, seperti kanak-kanak mumayiz, maka boleh dia niat menjadi imam. Umur mumayiz ialah sekira2…

2 bermanfaat Baca
Ibadah

Assalamualaikum ustaz, jikalau kita sempat melengkapkan satu rakaat solat tersebut dah azan berkumandang, solat itu dikira ditunaikan, bukan? Tetapi, adakah dikira lengkapnya satu rakaat itu sepertimana solat makmum masbuk atau perlu sehingga bangun dan kembali berdiri dan mengangkat takbiratul ihram baru dikira lengkap?

Dikira satu rakaat lengkap apabila selesai sujud kedua. قال ابن حجر في التحفة: ركعة كاملة بأن فرغ من السجدة الثانية.

1 bermanfaat Baca
Fiqh

Assalamualaikum ustaz, Saya nak tanya batal tak solat kalau membaca qalaqalah pada perkataan أنعمت dalam surah Al-Fatihah?

Kesilapan yang melibatkan sifat huruf yang tidak mengubah makna, dalam kes ini menambah qalqalah pada nun yang sakinah, tidak membatalkan bacaan…

1 bermanfaat Baca
Umum

Ustaz, tumpang tanya Saya ni bertugas sambilan sebagai Pengacara Majlis untuk Majlis Korporat, Majlis Kahwin dan sebagainya. Soalan saya, adakah sumber pendapatan ini halal atau syubhah kerana ia melibatkan musik, pakaian, pergaulan. Mohon bantuan dan pencerahan dari Ustaz. Jazakallahukhair?

Lihat kepada jenis program, jika program itu halal dan tujuan yang dibenarkan, maka harus jika tidak diisi dengan perkara yang disepakati haram.

1 bermanfaat Baca
Umum

Salam ustaz,adakah hanya baca surah kahfi boleh terselamat dari Dajjal?hanya baca saja atau macam mana?

Selamat daripada dajjal ialah dengan mengukuhkan akidah dan beramal dengan istiqamah. Antara fadilat surah al-kahfi ialah seperti hadis: عَنْ أَبِى…

1 bermanfaat Baca
Ibadah

Adakah darah pada gigi membatalkan wudhu?

Tidak, tapi ia najis. Jika ditelan dengan sengaja membatalkan solat.

1 bermanfaat Baca
Umum

Assalamualaikum ustaz, adakah taubat dan istighfar ada makna jikalau kita betul2 menyesal waktu tu tapi kita masih bergelumang dengan dosa tersebut?

Antara syarat taubat ialah menyesal dan berhenti daripada perbuatan dosa itu serta berazam untuk tidak kembali melakukannya. Jika masih bergelumang…

1 bermanfaat Baca

Semua soalan

89 soalan
Ibadah

Assalamualaikum ustaz... sy ada 2 soalan 1) sy pnh solat (beberpa waktu solat) di tempat baru.. rupanya kiblat sy tersilap.. adakah sy wajib qada balik solat sy yg tersilap arah kiblat tu? 2) 1 hari tu jari sy kene gam 3 second.. puas dh sy cuba hilangkan kesan gam tu tp xdpt.. sy tetap solat dlm keadaan air wudhu sy xrata disebabkan gam tu.. dlm 2 hari br kesan gam tu hilang.. soalan sy, sepanjang 2 hari tu, sy kene qada balik ke solat sy tu? terima kasih byk2 ats jwpan ustaz.. semoga ustaz?

Ya kene ulang solat mengikut pandangan muktamad dalam mazhab syafie. 1.kerana kecuaian kita untuk menentukan arah qiblat. 2.perlu diusahakan untuk…

Ibadah

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan berkaitan hukum air musta‘mal dalam wuduk. Jika si Abu sedang mengambil wuduk dan sudah sampai pada anggota kaki, kemudian si Zaid menadah tangannya di bawah aliran air yang digunakan oleh si Abu sehingga air yang ditadah itu terkena semula pada kaki si Abu ketika dia sedang membasuh kaki untuk berwuduk. Persoalannya: 1. Adakah air yang terkena semula pada kaki si Abu itu dikira sebagai air musta‘mal? 2. Jika air tersebut dikira sebagai air must?

Air yg telah digunakan hukumnya mustakmal, tak boleh dibasuh bahagian yang lain yang belum dibasuh.

Ibadah

Assalamualaikum ustaz, bolehkah wanita haid membawa/memegang mushaf terjemahan al-Quran?

Dalam mazhab syafie, orang yang berhadas dan berjunub boleh membawa atau memegang tafsir yang lebih banyak daripada ayat al-Quran.

Akidah

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya mengenai sifat ma'ani. Sifat ma'ani adalah sifat yang wujud yang ada pada dhihn dan kharij dan dikatakan jika disingkapkan hijab maka kita akan dapat lihat zat Allah SWT yang bersifat dengan sifat ma'ani. Analogi yang sering digunakan seperti air sirap, dimana sifat merah pada air merah tersebut adalah sifat maani bagi zat air sirap tersebut. Soalan saya, bagaimana ulama' mengklasifikasikan sifat qudrah,iradah ,ilmu dan hayah itu sebagai sifat maani yan?

Mereka berdasarkan kaedah: setiap yg ada, boleh dilihat. Dan berdasarkan kaedah: qias al-ghaib 'ala syahid. Dalam isu ini ahli kalam menggunakan…

Ibadah

Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya, Jika kita sedang bekerja kan, tiba-tiba rasa birahi, keluar air mazi dan terkena pada pakaian , waktu solat pula akan tiba, jadi macam mana nak buat ya.. kena basuh ke kemaluan tu dan kena tukar juga ke seluar tu kepada kain pelikat???

Air mazi najis. Jadi byk cara boleh selesai. Yang pasti kene basuh kemaluan. Kemudian solat dengan kain pelikat atau basuh seluar dalam yang kene air…

Umum

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. Apakah beza qasad dengan niat? Adakah ibadah yang hanya memadai dengan qasad sahaja?

Qasad umum, niat lebih khusus kerana disertai dengan perbuatan. النية : قصد الشيء مقترنا بفعله Menqasadkan sesuai disertai dengan perlakuannya.

Umum

Apa hukumnya sorang lelaki yang sudah berkahwin mengaku telah bercerai di harapan orang lain? Walaubagaimanapun pengakuan itu adalah tanpa niat Dan hanya sekadar berbohong melalui perbualan wassap. Apa status lelaki itu dengan isterinya?

Perkataan seperti ini perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak qadi/hakim.

Umum

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya, adakah dosa diampunkan, jika kita berterusan melakukan dosa kemudian taubat semula, kan ada dinukilkan dalam kitab bahawa syarat taubat tu apabila dia tidak mengulangi semula dosanya. Jadi mcm mna ya ustaz?

Selagi taubatnya benar, dosa insyaallah diampunkan Allah, walaupun selepas itu berlaku lagi dosa yang sama. Jangan ada niat untuk ulang dosa sahaja…

Umum

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin meminta nasihat ustaz. Ketika berada di tahfiz, saya suka sangat mengikuti pengajian daurah. Dan ketika masuk universiti, kelas daurah yang banyak saya tidak join kecuali beberapa kali sahaja sepanjang pengajian di universiti menyebabkan masa terbuang begitu sahaja. Dan sekarang, saya akan masuk alam pekerjaan. Bagaimana saya mahu kembali mengikuti pengajian daurah dengan keadaan masa yang padat sekarang, baik secara bersemuka mahupun online?

Boleh ikuti mana2 bentuk pengajian yang mampu, walaupun yang terbaik ialah hadir secara bersemuka. Kerana barakah hadir dan bersama orang oleh tiada…

Ibadah

Assalamualaikum Ustaz, boleh Ustaz terangkan sikit berkenaan murajaah seorang hafizah yang kedatangan haid? adakah dia perlu mengulang hafalan lama sahaja atau boleh tambah hafalan baru? dan boleh ke murajaah dengan suara yang kuat seperti biasa atau dalam hati sahaja?

Hanya murajaah hafalan yang lama. Boleh baca kuat dengan niat zikir. Para guru2 dan masyaikh menganjurkan bertaqlid kpd mazhab Maliki yang…

Ibadah

Assalamualaikum ustaz,boleh ke sy ikut pndgn yg menyatakan bacaan fatihah imam sudah memadai dan jemaah tak wajib membaca(bukan rukun).. kemudian boleh ke sy berpegang dgn pandangan bahawa najis tidak membatalkan solat/bukan syarat sah solat? Jika sy mahu menggunakan pandangn tersebut,boleh ke sy mengambil wuduk mengikut cara mazhab syafie?

Untuk taqlid mazhab lain boleh untuk beramal bagi diri sendiri. Tetapi kene pastikan tidak berlaku talfiq dengan memastikan syarat2 bagi pandangan…

Ibadah 1 bermanfaat

Assalamualaikum ustaz, jikalau kita sempat melengkapkan satu rakaat solat tersebut dah azan berkumandang, solat itu dikira ditunaikan, bukan? Tetapi, adakah dikira lengkapnya satu rakaat itu sepertimana solat makmum masbuk atau perlu sehingga bangun dan kembali berdiri dan mengangkat takbiratul ihram baru dikira lengkap?

Dikira satu rakaat lengkap apabila selesai sujud kedua. قال ابن حجر في التحفة: ركعة كاملة بأن فرغ من السجدة الثانية.

Fiqh

Saya nak tanya kalau kalau terpegang tahi cicak lepas ambil wuduk batal ke wuduk?

Wuduk tidak batal, cuma perlu basuh kawasan yang kene najis tersebut.

Fiqh 2 bermanfaat

Saya nak tanya ustaz, berapa umur makmum minimum yang boleh dikirakan sebagai solat itu ialah solat berjemaah? Contohnya ada anak saya umur 7 tahun jadi makmum, adakah boleh saya jadi imam dan niat jadi imam solat tersebut? boleh ust jelaskan. kalau saya jadi imam, emak saya yang dementia jadi makmum, adakah boleh saya niat jadi imam sedangkan makmum tersebut bertaraf dementia/atau bukan mukallaf?

1. Jika yang menjadi makmum seorang yang sah solatnya, seperti kanak-kanak mumayiz, maka boleh dia niat menjadi imam. Umur mumayiz ialah sekira2…

Fiqh 1 bermanfaat

Assalamualaikum ustaz, Saya nak tanya batal tak solat kalau membaca qalaqalah pada perkataan أنعمت dalam surah Al-Fatihah?

Kesilapan yang melibatkan sifat huruf yang tidak mengubah makna, dalam kes ini menambah qalqalah pada nun yang sakinah, tidak membatalkan bacaan…

Umum

Apa hukum rxz?

Hukumnya, bau minyak T2.

Fiqh

Bolehkah orang yang solat Qasar menjadi makmum kepada Imam yang solat sempurna?

Ya, boleh dan makmum kene sempurnakan solat secara tamam setelah imam memberi salam.

Umum 3 bermanfaat

Apakah hukum minum kopi luwak?

Harus, kopi itu dah difatwakan halal oleh badan fatwa yang berautoriti kerana biji kopi kekal masih dianggap kopi setelah dimakan haiwan seperti…

Fiqh

Assalamualaikum. Situasi: Seseorang solat jamak taqdim dan qasar pada waktu zohor, dan masa tinggal lagi 5 minit untuk masuk waktu asar. Ketika dia berada di tahiyyat akhir solat asar qasar yang sepatutnya dilakukan pada waktu zohor, azan waktu asar sudah berkumandang. Situasi lain yang hampir sama, cumanya dia berada pada pertengahan solat seperti rukuk, sujud, dan seumpama dengannya. Bagaimanakah status solat bagi kedua-dua situasi. Mohon pencerahan, Terima kasih?

Kedua-dua solatnya sah kerana telah memenuhi syarat jamak takdim. Tidak perlu diulang kembali solat yang kedua.

Fiqh

Assalamualaikum ustaz Sudah diketahui bahawa memanjang huruf alif pada lafaz Jalalah الله boleh membatalkan solat kerana boleh merubah makna. Bagaimana pula jika seorang imam itu memanjangkan lafaz Al (ال) pada lafaz jalalah الله. Adakah boleh terbatal juga solatnya? Mohon pencerahan. Terima kasih?

Hukumnya sama sahaja. Namun sebagai makmum, jika ada kemungkinan silap dengar atau tak jelas, masih boleh untuk mengikut imam tersebut. Jika memang…

Ibadah

Kita kan disunat kan angkat takbir lps bngun dri tahiyyat awal, tapi kalau kita makmun yg masbuk mcm mne, kita nak ikut tahiyyat awal imam ke atau kita sendiri untuk dapat angkat takbir sunat tu?

Makmum masbuk sunat ikut perbuatan solat imam, dalam hal ini mengangkat tangan selepas bangun daripada tasyahud awal.

Ibadah

Saya ada masalah selalu keluar air mazi, dan sy amalkan balutan dengan tisu, jadinya kalau solat jama, boleh ke solat jama mcm biasa atau slps solat satu waktu, kene tukar balutan dan baru sambung solat?

Jika dah dipastikan keluar air mazi, buang tisu yang kene najis dan istinjak serta wuduk kembali. Tempoh masa ini dimaafkan dan tidak membatalkan…

Ibadah

Sunat angkat takbir selepas tahiyyat awal, kalau kita makmum yg masbuk, kita disunatkan ikut takbir imam atau rakaat kedua makmum baru sunat angkat takbir?

Makmum masbuk sunat ikut perbuatan solat imam, dalam hal ini mengangkat tangan selepas bangun daripada tasyahud awal. Setelah selesai solat imam…

Ibadah

Si fulan berniat puasa sebulan Ramadhan lalu di tengah-tengah bulan puasanya ada terbatal atau ia tak berpuasa sama ada ia uzur atau tanpa uzur, adakah perlu dia memperbaharui niat puasa bagi baki-baki hari Ramadhan taqlid mazhab Maliki?

Ya, dia perlu baharukan niat puasa sepanjang bulan Ramadan sebagai mengikut pandangan mazhab Maliki.

Umum

Assalamualaikum ustaz,kalau suami isteri kafir dan salah seorang sahaja yang memeluk Islam adakah hubungan perkahwinan mereka terputus secara langsung?

Jika murtad salah seorang pasangan, maka akan bermula iddah seperti biasa (3 kali suci bg yang ada haid @ 3 bulan bagi yang tiada haid). Jika dalam…

Akidah

Sy mahu buat animasi Sirah Nabi Muhammad dr lahir sampai baginda wafat, adakah boleh sy membuat animasi kartun tersebut dgn tidak menutup wajah kartun yg memegang character ahli keluarga Nabi seperti Aminah, Abu Talib, Abdul Mustalib dan sahabat Nabi seperti Abu Bakar, Umar Uthman dan sahabat lain tetapi wajha Nabi sahaja sy tutup dgn cahaya?

Menurut fatwa daripada dar ifta' Mesir tidak dibenarkan untuk merupakan sahabat2 besar seperti 10 yang dijamin syurga, isteri 2 Nabi, anak2 dan cucu…

Ibadah

Boleh ke baca selawat selain selawat ibrahimiyyah di tahiyyat akhir.. dan ada syarat2 tertentu ke pada bacaan selawat itu?

Rukun selawat ialah اللهم صل على محمد. Menambah وعلى آل محمد ialah sunat ab'adh. Yang paling afdal ialah selawat Ibrahimiyyah.

Umum 1 bermanfaat

Ustaz, tumpang tanya Saya ni bertugas sambilan sebagai Pengacara Majlis untuk Majlis Korporat, Majlis Kahwin dan sebagainya. Soalan saya, adakah sumber pendapatan ini halal atau syubhah kerana ia melibatkan musik, pakaian, pergaulan. Mohon bantuan dan pencerahan dari Ustaz. Jazakallahukhair?

Lihat kepada jenis program, jika program itu halal dan tujuan yang dibenarkan, maka harus jika tidak diisi dengan perkara yang disepakati haram.

Ibadah

Assalamualaikum ustaz, saya mahu bertanya jika seorang Imam angkat takbir dengan getaran ( ر ) melampau contoh ( الله أكبرررررررر ) lalu ketika Imam masih sedang menyebut ( ررررررررر ) yang dihukumi makruh itu, pada masa yang sama makmum pun angkat takbir. Adakah tidak sah solat makmum kerana bersamaan takbir makmum dengan takbir imam?

Lafaz takbir telah dikira sempurna dengan menyebut akbar. Getaran yang lebih tidak dikira kerana ianya diluar tuntutan bacaan. Maka makmum boleh…

Umum 1 bermanfaat

Salam ustaz,adakah hanya baca surah kahfi boleh terselamat dari Dajjal?hanya baca saja atau macam mana?

Selamat daripada dajjal ialah dengan mengukuhkan akidah dan beramal dengan istiqamah. Antara fadilat surah al-kahfi ialah seperti hadis: عَنْ أَبِى…

Ibadah 1 bermanfaat

Adakah darah pada gigi membatalkan wudhu?

Tidak, tapi ia najis. Jika ditelan dengan sengaja membatalkan solat.

Ibadah

Assalamualaikum Ustaz...bagaimana jika selama ini kami beranggapan kedudukan kami ini sebagai makmum muafiq,rupa2 nya kami di kedudukan makmum masbuq ( tidak sempat waktu fatihah sederhana) disebabkan oleh imam yang baca laju...bagaimana dengan solat yang lepas2 kerana jahil bab ini Ustaz?wajib qadha kah?

Jika tidak dapat dipastikan solat mana secara khusus, maka istighfar dan mohon keampunan atas kesilapan yang telah lalu dan berusaha untuk belajar…

Ibadah

Assalamualaikum Ustaz...bagaimana jika selama ini kami beranggapan kedudukan kami ini sebagai makmum muafiq,rupa2 nya kami di kedudukan makmum masbuq ( tidak sempat waktu fatihah sederhana) disebabkan oleh imam yang baca laju...bagaimana dengan solat yang lepas2 kerana jahil bab ini Ustaz?wajib qadha kah?

Jika tidak dapat dipastikan solat mana secara khusus, maka istighfar dan mohon keampunan atas kesilapan yang telah lalu dan berusaha untuk belajar…

Akidah

Assalam..ustaz adakah boleh menyamakan wujudnya Allah itu seperti alam ghaib. Dan alam ghaib itu wajib kita Imani?

Allah jgk termasuk drpd perkara ghaib yang wajid diimani. Ghaib di sini ialah yang tidak dapat dicapai oleh penglihatan di dunia ini. Tapi Allah…

Umum 1 bermanfaat

Assalamualaikum ustaz, adakah taubat dan istighfar ada makna jikalau kita betul2 menyesal waktu tu tapi kita masih bergelumang dengan dosa tersebut?

Antara syarat taubat ialah menyesal dan berhenti daripada perbuatan dosa itu serta berazam untuk tidak kembali melakukannya. Jika masih bergelumang…

Umum

Nak minta tips Ustaz. Perjalanan pergi dan balik kerja saya total 1 jam, dulu saya selalu mengulang mutun dan Al-Quran (sy hanya hafal beberapa juzuk) atas motosikal. Sejak beberapa bulan, saya mula amalkan selawat 1000 kali sehari, tetapi tidak mengulang² mutun dan AQ. Pada pendapat Ustaz, adakah saya perlu kurangkan selawat untuk mengulang matan atau cari masa lain utk salah satu perkara tersebut? Biasanya masa kerja memang tak dapat nak buat sebab kerja melibatkan menaip dan mengajar. Malam j?

Kekalkan mengulang, selawat boleh cari waktu sampingan dan celah2 yang sesuai untuk memakmurkan waktu kosong dgn selawat.

Ibadah

Salam ustaz. Bolehkah secara peribadi kita berpegang dengan qawl marjuh dalam mazhab syafie, menyentuh isteri kita tanpa syahwat tidak batal wudhuk memandangkan kesulitan dalam pergerakan, pergaulan untuk pastikan sentiasa kekal dalam wudhuk dan boleh menunaikan ibadah fardhu mahupun sunat pada bila-bila masa dan di mana-mana tanpa risaukan tersentuh kulit masing-masing?

Boleh setelah kita tahu ada pandangan itu dan ianya bukan pandangan yang syaz.

Ibadah

Assalamualaikum. Nak tanya berkaitan jamak qasar. Ahmad berasal dari Kemaman. Belajar di universiti di Gombak. Satu hari, ketika cuti semester. Ahmad daripada kampung, hendak ke KL. Dalam perjalanan, masuk waktu maghrib. Ahmad niat hendak jamak taakhir setibanya di KL. Kemudian, tanpa dirancang Ahmad singgah di tempat dia belajar, di Gombak. Ahmad terlepas maghrib di Gombak tersebut, dan teruskan perjalanan ke KL. Dan Solat maghrib dan Isyak jamak taakhir di KL. Soalannya, haruskah tindakan Ah?

Gombak itu tidak memutuskan safar dia, kerana dia tidak bermustautin di Gombak, dan dia tak singgah 4 hari dan lebih di Gombak. Maka boleh dia jamak…

Akidah 1 bermanfaat

Kalau Allah Taala itu tidak bertempat, adakah boleh kita mengatakan Allah Ta'ala itu berada di luar alam?

Istilah "berada" di luar alam itu masih meletakkan tempat bagi Allah. Yang sebenarnya ialah Allah tidak boleh dibilang daripada alam dan tidak…

Ibadah

Assalamualaikum Ustaz...bagaimana jika selama ini kami beranggapan kedudukan kami ini sebagai makmum muafiq,rupa2 nya kami di kedudukan makmum masbuq ( tidak sempat waktu fatihah sederhana) disebabkan oleh imam yang baca laju...bagaimana dengan solat yang lepas2 kerana jahil bab ini Ustaz?wajib qadha kah?

Jika diketahui solat mana yang berlaku kesilapan, maka jika mampu seelok-eloknya di qadakan. Jika tidak dapat ditentukan solat secara khusus maka…

Akidah

Apa yang dimaksudkan dengan takwil ijmali?adakah sama dengan tafwidh?

Takwil ijmali ialah menafikan makna zahir daripada lafaz tersebut. Pandangan tafwid atau takwil semua berlaku takwil secara ijmali. Cuma pandangan…

Ibadah

Assalamualaikum, ustaz. Sekiranya saya mengikuti kuliah online sehingga melebihi waktu solat Isyak berjemaah di masjid, pada pandangan ustaz mana yang lebih afdhal sama ada saya teruskan hingga habis atau saya berhenti dan solat berjemaah? Terima kasih ustaz?

Solat berjemaah di masjid lebih utama kerana peluang itu boleh luput. Adapun pengajian, boleh untuk diikuti selepas live.

Ibadah

Salam,adakah boleh jamak qasar di kampung halaman bagi orang yang tidak pasti lagi nok mustautin dimana semada di kampung atau ditempat bekerja yg lbh 2 mahalah?

Kampung halaman dihukumkan tempat mastautin pada asalnya. Maka tidak boleh jamak dan qasar.

Umum

Assalamualaikum ustaz, adakah diperbolehkan untuk orang awam membaca kertas kajian berkenaan Islam? Ataupun sumber ilmu mengenai Islam hanya diperbolehkan untuk orang awam daripada pembelajaran kitab turath?

Boleh untuk membaca daripada apa2 sumber dengan syarat dipastikan kebenaran sumber dan ketetapan maklumat serta boleh dipercayai.

Akidah

Assalamualaikum wbt Ustaz Apa beza makrifat Allah yang ammah dan makrifat Allah yang khossah?

Makrifat ammah ialah mengenal Allah yang menjadi rukun beriman kepada Allah dan hukumnya fardu ain. Sumbernya ialah daripada kitab2 akidah yang…

Umum

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ustaz Semoga sentiasa dalam kesihatan yang berpanjangan Soalan saya apakah beza antara tasawuf muamalat dan tasawuf mukasyafah?

Tasawuf muamalat ialah tasawuf yang dapat dipelajari dan berkait dengan urusan pembersihan hati daripada sifat mazmumah dan mengisinya dengan sifat…

Ibadah

Assalamualaikum ust, Adakah boleh untuk solat jama' dengan imam yg bermukim (solat tamam) pada waktu maghrib kemudian dia qasarkan 2rakaat pd solat isya' pula?

Boleh, jangan solat isyak itu berimamkan imam solat maghrib. Dia kene solat berasingan atau berimam dengan imam yang qasar. Adapun solat maghrib, dia…

Akidah

Assalamualaikum ustaz.. Nak tanya berkenaan dengan af'al ibad..masih bermain persoalan difikiran sy walau banyak dengar dan baca pasal perbuatan ikhtiyari..ASWJ brpandangan, manusia ada "ikhtiyar dan usaha" Kita juga beriman "semua perkara berlaku/terjadi adalah dibawah kekuasaan Allah.. Soalan saya, Adakah Allah juga yang telah "menggerakkan hati kita utk memilih sesuatu itu? Cth ada 3 lintasan dlm hati. 1.nk g masjid 2.nk g makan 3.nk g dating dgn pmpuan. Kemudian, hati lebih tertumpu nak g?

Soalan ini jawapannya dengan hadir kuliah dan berbincang langsung dengan para asatizah. Itu jawapan secara ilmu akidah. Seterusnya jalan untuk…

Akidah

Assalamualaikum, jika ahli fatrah hanya tertentu kepada mereka yang berada di antara tempoh sebelum diutuskan Rasul , maka apa hukum dan gelaran kepada yang tinggal di pendalamanb hutan@ di pulau yang jauh Dan terputus dari dunia luar, langsung tidak tahu tentang Islam dan tidak pernah sampai dakwah kepada mereka? Terima kasih Ust?

Mereka yang tak sampai dakwah. Hukumnya seperti ahli fatrah, termasuk ahli syurga.

Umum

Assalamualaikum ustaz. sy ingin bertanya soalan berkaitan iddah. Sekiranya si isteri telah lama (hampir 3 bulan) meninggalkan rumah suami, kemudian mereka berdua bercerai. berapakah iddah si isteri? terima kasih ustaz atas jawapnnye nanti?

Iddah talak bermula sejak berlaku talak atau dijatuhkan hukum talak.

Umum

Assalamualaikum ustaz. sy ingin bertanya soalan berkaitan iddah. Sekiranya si isteri telah lama (hampir 3 bulan) meninggalkan rumah suami, kemudian mereka berdua bercerai. berapakah iddah si isteri? terima kasih ustaz atas jawapnnye nanti?

Iddah talak bermula sejak berlaku talak atau dijatuhkan hukum talak.

Umum

Apa hukumnya sorang lelaki yang sudah berkahwin mengaku telah bercerai di harapan orang lain? Walaubagaimanapun pengakuan itu adalah tanpa niat Dan hanya sekadar berbohong melalui perbualan wassap. Apa status lelaki itu dengan isterinya?

Perkataan seperti ini perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak qadi/hakim.

Umum

Apa hukumnya sorang lelaki yang sudah berkahwin mengaku telah bercerai di harapan orang lain? Walaubagaimanapun pengakuan itu adalah tanpa niat Dan hanya sekadar berbohong melalui perbualan wassap. Apa status lelaki itu dengan isterinya?

Perkataan seperti ini perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak qadi/hakim.

Muamalat

Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya, apa hukum orang menjual produk dengan menggunakan poster AI? Yang mana produk tu tak sama dengan produk yang dijual. Mohon penjelasan Ustaz. Jazakallah Khairan Kathiran?

Jika gambar yang dipaparkan berbeza langsung dengan barang sebenar, dan yang membuat iklan ada niat untuk mengaburi pembeli, maka hukumnya haram.

Ibadah

Assalamualaikum ustaz. Ada satu waktu bila saya demam dan sakit tekak, suara saya akan jadi putus-putus sebab bila baca kadang-kadang ada suara tapi bila dalam pertengahan tengah baca tu sekadar keluar angin je. Lepas tu ada suara balik. Jadi saya agak susah nak baca pada bahagian rukun Qauli tu sebab terpaksa tekan suara nak pastikan suara saya betul-betul keluar dan jelas. Tapi akan lebih kuat dan akan dengar lebih daripada jemaah ketiga. Jadi macam mana ya ustaz. Boleh ke saya baca dengan nad?

Jika sakit dan tak mampu mengeluarkan suara, hukumnya diberi uzur dan solatnya sah.

Umum

Assalamualaikum ustz, adakah sah niat i’tikaf di surau sekolah?

Bergantung, jika surau itu dibina dengan niat masjid (kekal), maka boleh iktikaf dan mengikut hukum2 masjid.

Umum

Assalamulaikum ustaz, nak Tanya macam mana nak lupuskan buku² agama sekolah rendah, seperti buku kafa,?

Boleh serahkan ke pejabat agama terdekat. Biasanya mereka ada sistem yang khas. Jika ingin melupuskan sendiri, boleh dibakar sehingga hilang bekas2…

Ibadah

Assalamualaikum wbt ustaz, semoga ustaz dirahmati Allah SWT. Soalan: Adakah harus bagi makmum yang musafir untuk solat qasar 2 rakaat di belakang imam yang solat sunat 2 rakaat?

Jika ingin mengikut imam itu, hendaklah solat secara tamam, kerana solat sunat itu hukumnya tamam.

Muamalat

Assalamualaikum ust, nak bertanya tentang soalan berkaitan fiqh. Menjadi satu kebiasaan sebahagian orang menukar duit contoh Wang kertas RM seratus kepada 100 keping wang kertas RM 1. Persoalannya adakah boleh jika seseorang itu menangguh pemberian wang RM 100 keesokan harinya dengan mengambil dahulu wang RM 1 yang telah ditukar itu pada hari ini? Seperti dia kata "saya ambil dulu RM 1 ini 100 keping, esok saya bagi duit RM 100" Adakah trrmasuk dalam riba?

Pertukaran (jual/beli) tidak boleh bertangguh pada jualan sarf (pertukaran duit), jika tidak berlaku riba. Untuk menjadi sah, tangguh pertukaran itu…

Akidah

Assalamualaikum ustaz... Ilmu akidah ini apakah smpai pd pemahaman orng kg kalau kita pakai kitab akidatun najiin....kalau tidak... Kitab apa yg layak bg orng kg untuk akidah sesuai kadar orng kg... Satu lg... Orng kg mintak sy mengajar di surau² kecil dlm kg... cadangan ustaz kitab apa yg sesuai dgn orng kg yg sudah uzur... Jika sy baca kitab munabbihul Qhafiliin blh k ustz? Tp dlm masa yg sama kitab itu belum sy belajar dgn mana² guru... Tp sy blh baca sbb dlm bahasa jawi... Maaf kalau terlalu?

Boleh mana kitab yang ringkas dan mudah. Antara yang boleh dicadangkan 10 asas akidah dan al-akidah al-hafidah…

Ibadah 1 bermanfaat

Apakah hukum mengumpul air liur di dalam mulut ketika solat dan menelannya?

Selama masih dalam mulut, menelannya tidak membatalkan solat dan juga puasa, jika tidak bercampur dengan benda asing.

Ibadah

Salam Ust Boleh nyatakan bacaan mana yg Rukun dlm tahiyyat akhir yg perlu dijaga , & yg mana ia sekadar sunat haiah & sunat ab'ad sahaja Jazakallah?

Rukun: التحيات لله، سلامٌ عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، سلامٌ علينا وعلى عباد الله الصالحين، أشهد أن لا إله إلا . الله، وأن محمداً رسول الله…

Ibadah

Assalamualaikum saya ingin nak tenya kalau kitab nak belajr tentang darah wanita buku ape yang sesuai untuk orang permulaan?

Boleh cari kitab karangan Us Abu Usamah. Rakaman dalam YouTube pun ada.

Ibadah 1 bermanfaat

Assalamualaikum ustaz,sy ambil wudhu' cara mazhab Syafie,tapi sy buat yg wajib2 dlm mazhab Maliki, seperti sapu semua kepala,menyelati jari2...soalan sy,kalau sy bersentuhan dengan isteri sy,sbb sy dgr ada pendapat tapi sy lupa dari mana sy dapat pendapat tersebut bahawa xbatal wudhu' kalau sentuh kulit bkn ajnabi? terima kasih ustaz?

Boleh taqlid dgn pandangan tersebut jika kita dan buat ikut syarat2 mazhab itu.

Muamalat

Assalamualaikum Ustaz, Semoga ustaz sentiasa dalam rahmat Allah سبحانه و تعالى Saya ada persoalan yang ingin diajukan, pada masalah استبدال di dalam bab jual beli, harus melakukannya jika barang itu غير ربوي , ini kerana transaksi ini tidak disyaratkan qobadh dalam majlis, berbeza seperti perkara ربوي, soalan saya bagaimanakah kita hendak mentaswirkan rupa tidak berlaku qobadh di dalam majlis itu, kerana kemusykilan saya timbul, apabila pertukaran itu dilakukan, 2 orang yang beraqad masih dalam?

Mudah je... Iaitu mereka berakad dalam majlis, namun barang tidak diserahkan lagi.

Umum

Assalamualaikum ustaz, izin bertanya, dalam ibarat fathul muin menyebut dikekalkan pernikahan orang kafir yang masuk islam, jika iddah dalam agama asalnya belum habis, meskipun dalam islam, iddah itu sudah dikira habis. Adakah di dalam agama lain terdapat undang undang rumah tangga seperti iddah dan rujuk ?

Boleh datangkan ibarat nas asalnya.

Ibadah

Cara uruskan mayat yang mewarnakan rambut.perlukah ditayamum?

Pewarna yang tidak menutup zat rambut, tapi jenis yang meresap, sah basuhan dan mandiannya. Jika menutup rambut, maka gunakan bahan yang boleh…

Ibadah

Assalamu'alaikum ustaz, saya nk tanya, kalau kita musafir pd hari jumaat, kita bertolak lepas subuh, adakah boleh kita tidak mengerjakan solat jumaat? Terima kasih ustaz, jazakumullahu khaira?

Jika bertolak musafir selepas masuk Subuh, wajib untuk solat Jumaat pada hari itu dalam perjalanan. Kecuali pada situasi yang terpaksa seperti…

Ibadah

Assalamualaikum ustaz, maaf mengganggu. Saya nk tanya tentang fiqh solat berjemaah. Sebelum solat, imam telah memaklumkan yg beliau akan memimpin solat dengan bacaan qiraat tertentu. Sekiranya terdapat makmum yang tidak mendengar pengumuman tersebut, lalu ketika solat timbul keraguan tentang kesahihan bacaan imam kerana terdapat perbezaan bacaan, adakah solat makmum tersebut tetap sah ? khususnya apabila melibatkan bacaan Surah al-Fatihah yang merupakan rukun solat ? Terima kasih ustaz?

Ya, tetap sah selagi makmum tidak iktikad batal solat imam.

Umum

Assalamualaikum ustaz Boleh ke ustaz selesaikan pengajian Bab yg berbaki sebanyak 3 Bab lagi bermula Dari imamah bagi pengajian matan aqaid nasafiyyah?

Insyaallah jika ada kesempatan nanti.

Umum

Assalamu'alaikum ustaz. Di mana boleh saya dapatkan pdf 10 asas akidah Imam Ghazali?

Kitab boleh didapatkan di shopee.

Ibadah

Assalamualaikum Ustaz. Saya masih keliru dengan aurat lelaki di hadapan wanita ajnabi. Adakah memadai dengan menutup tubuhnya sahaja atau perlu tutup juga pada bahagian lengan?

Pandangan yang digunakan ialah aurat lelaki antara pusat dan lutut. Bahagian yang lain wajib ditutup jika mendatangkan fitnah dan menyalahi uruf.

Ibadah

Assalamualaikum Ustaz. Bagaimana keadaan ketika mana orang yang sujud ketika solat dan mendapati debu atau pasir melekat di dahi? Adakah sah sujudnya itu? Saya keliru?

Ya, tak ada masalah. Debu itu datang daripada tanah tempat sujud bukan pakaian yang bersambung dengannya. Lagipun yang disyaratkan kene bahagian…

Ibadah

Assalamualaikum ustaz. Nak tanya soalan, Ketika puasa, tak kira puasa sunat atau nazar atau puasa wajib, Air mazi keluar, adakah batal puasa kita??

Keluar air mazi tidak membatalkan puasa. Keluar air mani tanpa sentuhan, seperti keluar ketika tidur atau berkhayal shj, juga tidak membatalkan puasa.

Umum

# Soalan Berkenaan Nazar yang Memudaratkan (Segera) **Assalamualaikum.** Sekiranya Zayd mengalami hari yang sangat buruk dan, tanpa sebarang keuzuran yang sah menurut syarak, dalam keadaan sedar sepenuhnya serta sama sekali tidak hilang akal, akibat hari buruk tersebut dia melafazkan dan berniat melakukan beberapa nazar ibadah yang amat berat (bukan *nadhr al-lajaj*), dengan bilangan yang tidak terhingga (iaitu nazar-nazar tersebut tidak terhad kepada contoh di bawah, sebaliknya merangkumi bil?

Nazar hendaklah dengan berlafaz. Jika tidak berlafaz tidak dianggap nazar. Jika memang dia lafazkan, dan apa yang dilafazkan itu perkara yang harus…

Ibadah

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya 1 soalan kemusykilan berkenaan dengan solat jenazah di atas kubur untuk jenazah yang telah dikebumikan beberapa hari atau telah lama dikebumikan. Solat jenazah merupakan salah 1 solat yang boleh ditunaikan pada waktu tahrim kerana sebab yang mutaqaddim,iaitu solat kerana sebab terdahulu jenazah telah siap dimandikan & dikafankan. Persoalan saya,adakah masih terpakai sebab yang mutaqaddim itu bagi orang yang solat jenazah di perkuburan pada waktu tahri?

Ya, masih.

Ibadah

Adakah boleh digunakan mesin basuh untuk membasuh pakaian yang terkena najis air kencing?

Boleh, dengan syarat basuhan itu hendaklah lebih daripada sekali. Dan pada akhirnya tiada lagi kesan najis pada kain.

Ibadah

Saya ingin membawa anak saya berumur 3 tahun ke masjid (masih memakai Pampers). Adakah dibolehkan?

Membawa anak tanpa sebab, saje2 dan mengganggu jemaah adalah dilarang. Jika terpaksa bawa kerana dlm musafir atau lain2, boleh shj anak itu memakai…

Muamalat

Assalamualaikum Ustz, apakah hukum membeli emas menggunakn spaylater dibolehkan?

Boleh kerana bayaran emas berlaku secara langsung daripada pihak syarikat dengan kedai emas. Kita hanya berhutang duit dengan pihak syarikat.

Muamalat

Soalan : Saya melakukan urusan jual-beli cincin emas secara trade in. Sebelum ini saya maklum bahawa cara jual-beli emas trade in adalah menggunakan kaedah menjual dahulu cincin emas lama, setelah duit diserahkan oleh kedai emas kepada saya, baru kemudian saya membeli cincin emas yg baharu dan menyerahkan duit kepada kedai emas (pada hari dan tempat yg sama). Kali ini, kedai memberitahu bahawa mereka menggunakan kaedah voucher akad sebagai ganti duit. Tiada wang ringgit akan diserahkan atas po?

Jika voucer itu ada nilai duit, dan boleh ditukar dengan wang sebenar jika diminta, maka boleh. Jika sekadar surat aku janji yang tak boleh ditukar…

Muamalat

Soalan : Saya melakukan urusan jual-beli cincin emas secara trade in. Sebelum ini saya maklum bahawa cara jual-beli emas trade in adalah menggunakan kaedah menjual dahulu cincin emas lama, setelah duit diserahkan oleh kedai emas kepada saya, baru kemudian saya membeli cincin emas yg baharu dan menyerahkan duit kepada kedai emas (pada hari dan tempat yg sama). Kali ini, kedai memberitahu bahawa mereka menggunakan kaedah voucher akad sebagai ganti duit. Tiada wang ringgit akan diserahkan atas po?

Tidak sah jika voucer itu hanya surat aku janji yang tidak boleh ditukar dengan duit cash secara langsung.

Umum

Ustaz, bolehkah saya bertaubat melalui amalan selawat sebanyak 1000 kali?

Taubat mesti memenuhi syarat2nya: 1.berhenti, 2.menyesal, 3.berazam tidak akan mengulanginya. Jika berkaitan dengan orang, ada syarat2 tambahan…

Akidah

Apa beza asya'irah dengan maturidiyyah?

Boleh rujuk dalam rakaman video akidah yang berkaitan. Secara umum kedua-duanya sama pada usul. Tiada perbezaan kecuali pada masalah cabang.

Muamalat

Asslamualaikum wbt ustaz Izin bertanya, muamalat melibatkan emas disyaratkan berlaku qobadh di dalam majlis, soalan saya bagaimana masalah berkaitan dengan Public Gold, kita membeli emas secara online, dan masuk di dalam simpanan kita, sedangkan tidak berlaku qobadh?

Transaksi berlaku secara langsung apabila bank menukar duit kita dengan emas.

Ibadah

Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya, kalau seseorang itu sama-ada lelaki atau perempuan yang keluar air mazi, adakah wajib untuk dia mandi wajib???

Air mazi tak perlu mandi wajib, perlu basuh kerana najis dan membatalkan wujud. Yang perlu mandi apabila keluar mani sama ada perempuan atau lelaki.

Ibadah

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya 1 soalan kemusykilan berkenaan dengan solat jenazah di atas kubur untuk jenazah yang telah dikebumikan beberapa hari atau telah lama dikebumikan. Solat jenazah merupakan salah 1 solat yang boleh ditunaikan pada waktu tahrim kerana sebab yang mutaqaddim,iaitu solat kerana sebab terdahulu jenazah telah siap dimandikan & dikafankan. Persoalan saya,adakah masih terpakai sebab yang mutaqaddim itu bagi orang yang solat jenazah di perkuburan pada waktu tahri?

Boleh solat kerana sebabnya telah berlaku walaupun lama.

Muamalat

Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanya berkenaan satu perkara. Baru-baru ini saya melancong ke China dan ada membeli sebuah patung daripada peniaga tepi jalan dengan harga lebih kurang 20 yuan. Semasa membeli, saya menyangka kawan saya sudah membuat pembayaran terlebih dahulu, tetapi selepas itu baru saya sedar bahawa sebenarnya bayaran tersebut belum dibuat. Saya memang tidak berniat untuk mengambil barang tersebut tanpa membayar kerana saya benar-benar menyangka kawan saya sudah selesaikan?

Usahakan untuk pulangkan balik. Jika tidak, tanamkan niat untuk mengembalikan barang tersebut suatu hari nanti. Tak perlu bersedekah pahala kepada…

Ibadah

Kalau solat zohor ada solat qabliah. Adakah solat jumaat juga ada qabliah dan adakah boleh dilakukan ketika khatib membaca khutbah?

Jumaat ada juga qabliyyah. Ketika imam berkhutbah, tidak dibenarkan solat kecuali solat Tahiyyatul masjid jika berada dalam masjid. Jika duduk di…

Ibadah

Salam ustaz. Saya nak pergi umrah. Masa flight dari KL ke doha: 7.55 pm (waktu KL) - 10.15 pm (waktu doha). Soalan saya, bila sebaiknya saya solat maghrib dan isya? Jika saya sempat solat sebelum flight, adakah perlu saya ulangi semasa tiba di doha?

Jika dah masuk waktu di kawasan yang kita berada, boleh solat jamak. Jika sampai ke tempat lain, tak perlu ulang dah solat yang telah dilakukan tadi…

Ada apa-apa yang ingin anda tanya?

Ustaz Mahadi bin Mohammad